Sabtu, 17 Januari 2009

EKM - Kamus Yang Terbaik

Nota:-
Belilah produk ini dari e-kamus.com. Sila hubungi pihak yang berkenaan untuk sebarang maklumat lanjut.Sila klik link berikut yang akan menghubungkan kepada syarikat asal produk e-kamus ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

E-Kamus-Malaysia.com - Makna Perkataan Di Hujung Jari Anda


*E-Kamus 5.02 Adalah Serasi Windows Vista. Sila buat pembelian daripada pengedar yang sah atau gunakan kemudahan tempahan online
E-Kamus-Malaysia. Buat persediaan awal untuk kejayaan di tahun hadapan. Tempahlah sekarang. Terima kasih di atas sokongan anda.*







"Kebijaksanaan Di Hujung Jari Anda"

*E-Kamus Dengan Fungsi "Double Click" dan "Mouse Move"*

Selamat datang ke *E-Kamus-Malaysia (EKM)*. Kami menyediakan *maklumat /online/* mengenai perisian perkamusan dan penyemak ejaan e-Kamus 5.02 terbitan Alaf Teras. Laman web ini tidak menyediakan kemudahan pencarian makna perkataan secara /online/ ataupun kamus /online/. Jika anda berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan kamus /online/, anda boleh melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana ianya menyediakan sumber rujukan kamus secara /online/ untuk Kamus Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Sebelum itu, jangan lupa untuk tandakan laman web ini (Ctrl+D) untuk kembali semula ke sini kerana kami mempunyai penyelesaian terbaik untuk kemudahan perkamusan anda dalam jangka panjang.

E-Kamus 5.02 menawarkan kepada anda kemudahan pencarian makna perkataan yang tidak pernah anda temui di mana-mana sebelum ini. Ini kerana ia merupakan satu-satunya program kamus yang menawarkan kaedah pencarian makna perkataan dengan hanya *menggerakkan tetikus* (tunjuk dengan kursor tetikus). Di samping itu anda juga boleh mendapatkan makna perkataan dengan cara */double click/*. Tidak perlu menaip perkataan dan tidak perlu /highlight/ jika itu yang anda mahu. Jika anda mahu menaip ataupun /highlight/ seperti program kamus lain, tentu saja boleh kerana ia menawarkan pelbagai kaedah mencari makna perkataan untuk anda.

Dapatkan CD ROM e-Kamus 5.02 anda sekarang, /install/ ke dalam komputer dan gunakan bila-bila masa serta *tidak perlu /online/* lagi untuk mendapatkan rujukan kamus yang pantas. Bagi anda yang terlibat dalam tugas-tugas penyediaan dokumen di dalam Bahasa Melayu, anda akan mendapat faedah berganda dari pembelian e-Kamus 5.02 anda. Ini kerana setiap e-Kamus 5.02 disertakan dengan *Sistem Penyemak Ejaan Bahasa Melayu Alaf Eja* di dalam /MS Words/. Penyemak ejaan dengan fungsi yang hampir sama dijual sehingga RM250 oleh pengeluar lain. e-Kamus 5.02 Alaf Teras sememangnya ternyata memberikan lebih nilai untuk wang anda kerana anda mendapat penyemak ejaan Bahasa Melayu ini tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.



Apakah e-Kamus 5.02?

Perisian e-Kamus 5.02 adalah lanjutan daripada teknologi perkamusan yang diinspirasikan daripada e-Kamus Versi 5.01 Edisi Profesional yang telah diterbitkan sehingga Oktober 2005. Bagi memenuhi keperluan pengguna, maka bermula pada tahun 2005 hingga Februari 2006, pihak Alaf Teras telah menaik taraf e-Kamus Versi 5.01 kepada e-Kamus 5.02. Dengan penambahan beberapa fungsi baru yang akan dapat membantu pengguna mencari makna dengan lebih cepat dan tepat, adalah diharapkan e-Kamus 5.02 mampu memberi kelainan kepada pengguna. Kandungan data e-Kamus 5.02 akan sentiasa dikemas kini seperti mana yang dilakukan pada versi sebelumnya. Teknologinya diperbaiki serta dinaik taraf dari masa ke semasa bagi memberi kepuasan kepada pengguna.



Ciri-ciri Terkini Dalam e-Kamus 5.02

Terdapat beberapa ciri yang membezakan e-Kamus versi 5.01 dengan versi terkini iaitu e-Kamus 5.02:

  1. Sistem *pengimbas* e-Kamus telah dipertingkatkan bagi membolehkan anda mencari makna perkataan dengan hanya menunjukkan perkataan yang dibaca dengan kursor tetikus bagi mendapatkan maknanya. Fungsi ini yang dipanggil "*mouse move*" merupakan tambahan dan juga pilihan kepada fungsi "*double click*" yang menjadi ciri penting dalam e-Kamus versi 5.01 yang terus dikekalkan. Fungsi "mouse move" ini menjadikan e-Kamus lebih menarik dan sangat efektif digunakan bersama dengan aplikasi yang berasaskan teks seperti pelayar web, /Microsoft Word/, /Notepad/ dan sebagainya terutamanya semasa anda membaca.
  2. Fungsi "*add/remove **dictionary*" membolehkan pengguna e-Kamus memasukkan kamus baru ke dalam sistem enjin e-Kamus dan membuang kamus yang tidak dikehendaki pada bila-bila masa. Oleh sebab itu dengan membeli e-Kamus 5.02, anda bukan sekadar mendapat kamus sahaja tetapi anda mendapat sistem aplikasi perkamusan yang membolehkan anda membangunkan dan memasukkan kandungan kamus anda sendiri ke pengkalan data e-Kamus di dalam komputer anda.
  3. Kamus di dalam **kamus*" merupakan kaedah terkini yang dipraktikkan di dalam e-Kamus 5.02 di mana pengguna boleh melihat hasil pencarian atau penjelasan melalui tetingkap kamus kecil yang dimuatkan dalam tetingkap induk e-Kamus. Melalui tetingkap kecil e-Kamus, pengguna boleh melihat dengan lebih terperinci setiap penjelasan yang terdapat di dalam kotak penjelasan tetingkap induke-Kamus.
  4. Tetingkap e-Kamus telah dipertingkatkan di mana pengguna boleh menukar corak tetingkap e-Kamus mereka pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu kembali ke menu asal e-Kamus. Senarai perkataan cadangan tidak lagi terkumpul dalam satu kotak senarai. Pengguna e-Kamus 5.02 juga boleh menggunakan /arrow/ ke atas dan ke bawah untuk melihat setiap makna yang terdapat pada tetingkap senarai.
  5. Format kandungan e-Kamus telah dinaik taraf di mana penjelasan makna perkataan dipaparkan dalam format yang lebih menarik dan senang untuk dibaca.
  6. Kaedah pencarian dalam pelbagai cara yang disediakan dalam e-Kamus 5.02 membolehkan pengguna e-Kamus mendapat keputusan hasil pencarian yang lebih tepat berbanding e-Kamus versi 5.01.
  7. Kemas kini dan naik taraf kini boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Pengguna e-Kamus kini tidak lagi dibebankan dengan fail yang besar untuk mengemas kini dan menaik taraf perisian mereka melalui kaedah muat turun daripada internet. Tempoh yang diperlukan untuk memuat turun satu-satu fail e-Kamus adalah lebih singkat berbanding sebelum ini. Apa yang lebih penting dan istimewa ialah kemas kini sistem dan naik taraf program yang ditawarkan oleh e-Kamus adalah *PERCUMA*.


Kandungan e-Kamus

Perisian e-Kamus adalah perisian kamus *dwibahasa* yang ditunjangi oleh Kamus Melayu-Inggeris dan Kamus Inggeris Melayu Alaf Teras. Walau bagaimana pun, ciri terkini dalam e-Kamus 5.02 membolehkan anda *menambah* jenis kamus mengikut pilihan anda ke dalam sistem enjin e-Kamus. Antara kamus-kamus yang anda boleh tambah ke dalam sistem enjin e-Kamus ialah:

* Kamus Melayu-Inggeris Pilihan
* Kamus Inggeris-Melayu Pilihan
* Kamus Inggeris-Melayu Pilihan (2)
* Kamus Melayu-Melayu Pilihan
* Kamus Inggeris-Inggeris Pilihan
* Kamus Inggeris-Inggeris Pilihan (2)
* Kamus Istilah Komputer
* Kamus Istilah Matematik
* Kamus Istilah Sains
* Kamus Istilah Kejuruteraan
* Kamus Istilah Perubatan/Kedoktoran



Kemas Kini dan Naik Taraf Percuma

Pada masa hadapan lebih banyak kandungan dan kemudahan boleh dimasukkan ke dalam e-kamus anda seperti kamus istilah undang-undang, kamus peribahasa dan sebagainya. Apa yang penting ialah anda *membuat pembelian sekarang* kerana hanya dengan cara ini anda dapat "*mengunci harga e-Kamus*" pada harga sekarang dengan mendapat pelbagai kemudahan naik taraf pada masa depan secara *percuma*. Walaupun pernyataan ini mungkin agaknya nampak skeptikal kepada anda, ini adalah kenyataannya kemudahan yang dinikmati oleh pengguna-pengguna e-Kamus versi lama yang hanya membeli pada harga RM25.00, RM35.00 dan RM55.00 pada masa itu tetapi menikmati kemudahan berkelas RM180.00 pada masa ini sama dengan pengguna baru.



e-Kamus Menjimatkan Masa Anda

Berapa lama masa yang anda ambil untuk mencari makna perkataan dengan menggunakan kamus buku anda? Jika anda telah biasa menggunakan kamus buku, mungkin paling cepat anda akan memerlukan masa 1 minit untuk mendapatkan makna perkataan di dalam kamus buku tersebut. Biasa terjadi kita tidak jumpa perkataan yang dicari bukan disebabkan perkataan tersebut tidak ada di dalam kamus, tetapi disebabkan kita keletihan dan kebosanan membelek kamus yang berat dan tebal.



Mencari Makna Hanya Sesaat Dengan e-Kamus

Kini terdapat cara lebih mudah dan pantas untuk mencari makna perkataan. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang perkamusan telah membantu ramai orang. Menggunakan e-Kamus akan membolehkan anda mendapatkan makna perkataan yang dicari dalam sekelip mata, lebih pantas dari keupayaan anda menaip satu perkataan. Fungsi "double click" dalam e-Kamus membolehkan anda mendapat makna perkataan hanya dalam sesaat dan fungsi "mouse move" membolehkan anda mendapatkan makna dalam dua saat sahaja seiring dengan perkataan yang anda baca.



Dapatkan e-Kamus 5.02 Anda Sekarang Dengan Harga RM95.00 RM90.00*

Walaupun e-Kamus didaftarkan untuk penjualan dengan harga RM180.00, anda berpeluang untuk mendapatkannya dengan harga RM90.00* SAHAJA melalui E-Kamus-Malaysia.com. Walau bagaimanapun saya tidak dapat memberi jaminan bahawa harga yang ditawarkan ini akan berkekalan kerana sudah menjadi lumrah harga akan dinaikkan selaras dengan pertambahan isi kandungan dan peningkatan kecekapan sistem. Lakukan langkah bijak dengan memesan e-Kamus anda sekarang kerana dengan cara ini anda dapat *"kunci harga e-Kamus"* pada harga sekarang dengan mendapat pelbagai kemudahan kemas kini dan naik taraf percuma pada masa depan. Jika anda membuat pembelian sekarang anda sebenarnya *berjimat sebanyak 50%* dari harga sebenar e-Kamus. Jangan berlengah, klik butang di bawah untuk mengisi borang pesanan.



Buat Pesanan Sekarang : Hanya RM90





* e-Kamus 5.02 Memberikan Lebih Nilai Untuk Wang Anda*

* Kunci Harga e-Kamus Pada RM90.00 Dengan Membuat Pesanan Sekarang.*

*Lebih Pintar, Lebih Padat, Lebih Berkuasa*

*Lebih Mesra Pengguna Dengan "Mouse Move"*

Perhatian: Harga RM90.00 sah untuk pembelian oleh pelajar dan
individu dalam negara sahaja. (untuk kegunaan sendiri). Pembelian dari
luar negara dan organisasi adalah tertakluk kepada harga asal yang
dipersetujui oleh penerbit iaitu RM250.00 seunit.



e-Kamus Versi 5.02

*Keperluan Sistem: Windows^® ME / 2000 / XP / VISTA*



Kamus Bahasa Arab

Pada masa sekarang pihak penerbit e-Kamus sedang berusaha untuk menerbitkan perisian kamus Bahasa Arab untuk kemudahan anda. Buat masa ini usaha ini telah menampakkan hasil dengan terbitnya Kamus Asas Melayu-Arab . Pengguna e-Kamus 5.02 boleh memuat turun fail Kamus Asas Melayu-Arab yang diberikan secara PERCUMA untuk dimasukkan ke dalam program e-Kamus 5.02 anda. Kepada anda yang masih belum mendapatkan e-Kamus 5.02 dan masih lagi berkira-kira, sila dapatkannya dengan segera. Anda tidak rugi kerana sebenarnya banyak kemudahan disediakan untuk anda.



Kamus Istilah

Buat masa ini beberapa kamus istilah (terminologi) telahpun dimasukkan ke dalam program e-Kamus 5.02. Kamus istilah yang sudah dimasukkan ialah Kamus Istilah Sains, Kamus Istilah Matematik, Kamus Istilah Komputer, Kamus Istilah Kejuruteraan, Dictionary of Medicine (B. Inggeris) dan Dictionary of Computer (B. Inggeris). Pada masa hadapan banyak lagi terminologi yang akan dimasukkan meliputi pelbagai bidang termasuk undang-undang, kewangan dan sebagainya. Kenapa tidak pesan e-Kamus 5.02 anda sekarang? Jangan tunggu sampai penerbit menaikkan harga kerana pada masa itu saya tidak akan dapat membantu anda untuk mendapatkan e-Kamus pada harga sekarang!


Fungsi Sebutan Suara

Untuk makluman semua!* Hari yang dinantikan oleh penyokong setia e-Kamus telahpun tiba. Sekarang e-Kamus 5.02 telah diperlengkapkan dengan fungsi sebutan suara (Bahasa Inggeris). Kepada pengguna e-Kamus 5.02 yang masih belum mempunyai fungsi sebutan suara sila muat turun fail ini di ruangan muat turun. "Merlin" akan membantu anda menyebut perkataan Inggeris dengan hanya satu klik. Kepada yang masih belum ada e-Kamus 5.02 sila dapatkannya segera kerana ini adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian. RM90.00 untuk 15 kamus termasuk Kamus Bahasa Arab, sistem carian yang canggih dan lancar serta program editor untuk menambahkan kandungan kamus anda tidak boleh dapat di mana-mana kecuali dengan e-Kamus 5.02 .


-------------------------------------------------------------------------------------------------
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Nota:-
Belilah produk ini dari e-kamus.com. Sila hubungi pihak yang berkenaan untuk sebarang maklumat lanjut.Sila klik link berikut yang akan menghubungkan kepada syarikat asal produk e-kamus ini.

http://www.e-kamus-malaysia.com/